Kita tidak boleh menyalahkan muzik atas perbuatan atau perilaku pendengar selepas mendengar muzik kerna muzik hanyalah sebuah medium. Muzik boleh memberi kesan positif dan muzik juga boleh beri kesan negatif pada pendengar. Ia bergantung pada siapa yang membikin muzik itu. Kerna itulah saya lebih suka mengelar muzik adalah senjata dimana ia boleh digunakan untuk tujuan keselamatan dan juga untuk tujuan memusnahkan. Muzik yang baik mampu memotivasikan diri si pendengar samada ia datang dari lirik, tempo atau susunan muzik sesuatu lagu itu. Pernah suatu ketika dahulu semasa saya di bangku sekolah, tiap kali ingin mengambil peperiksaan sekolah samada UPSR,PMR atau SPM, lagu yang biasa dinyanyikan adalah lagu "Fikirkan Boleh" nyanyian arwahyarham Sudirman. Selepas menyanyi pasti diri akan rasa bersemangat untuk belajar. Ia akan jadi lebih seronok bila lagu itu dinyanyikan beramai-ramai. Sama juga ketika hari kemerdekaan, tiap kali perhimpunan pagi di sekolah, lagu patriotik akan dipasang dan pelajar akan menyanyi dengan penuh semangat.Hal ini berlarutan selama sebulan sehinggalah sambutan besar-besaran pada 31 Ogos.
Muzik membentuk tamadun manusia. Jika kita membaca sejarah dunia dari dahulu sehingga kini, muzik sentiasa akan berubah-ubah mengikut zaman. Ini membuktikan muzik dan zaman itu bergerak seiring dan mereka tidak pernah berpisah. Muzik juga mewakili bangsa-bangsa. Bangsa A ada muzik nya sendiri, bangsa B ada muziknya sendiri dan begitulah seterusnya. Tidak ketinggalan bangsa kita yang mempunyai pelbagai jenis muzik. Tipulah sesiapa yang berkata tidak suka pada bunyi muzik kerna muzik itulah yang menghidupkan dunia. Tanpa muzik tiadalah dunia dan tiadalah kehidupan. Manusia akan jadi murung dan tertekan. Hatta jika berzikir juga memerlukan irama dan melodi untuk mengelak zikir kita itu bosan.
Pancaragam Pusat TLDM
Semangat patriotik wajar diterapkan sejak kanak-kanak
No comments:
Post a Comment