Saturday, 17 August 2013

Jimmy Boyle

Jika kita sebut saja nama komposer Malaysia seperti Adnan Abu Hasan, Ahmad Nawab, S. Atan, Ajai pasti orang akan ingat mereka dan akan melantunkan lagu-lagu hit yang dinyanyikan oleh artis mereka. Tetapi adakah kita kenal dengan nama Jimmy Boyle? Pada post kali ini saya akan mempromosi semula nama komposer Jimmy Boyle yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu patriotik dari awal pembabitannya dalam dunia muzik hinggalah ke penghujung hayatya pada 1971.

James W Boyle AMN (Jimmy Boyle )1922 - 1971 dilahirkan di Pulau Pinang dan berpendidikan di St Xaviers Instituton di mana dia kembali sebagai seorang guru selepas menamatkan pengajian di Kolej Raffles di Singapura.

Dia adalah seorang yang terkenal sebagai pemuzik Jazz Malaysia yang maju dengan gayanya yang tersendiri. Beliau telah menjadi komposer di tanah melayu dan menyusun muzik untuk "Kuartet Saxaphone klasik" di Universiti di Barat Laut Amerika Syarikat dan "Kansas City University Brass Ensemble". Susunan muzik beliau dan mainan pianonya telah disiarkan di seluruh dunia oleh BBC dan Voice Of America dan hasil karyanya telah dipuji oleh pengkritik jazz terkenal seperti Jerry Muchigan. Pemuzik jazz antarabangsa seperti Charles Lloyd dan Jack Teagarden.

Selama 25 tahun berkecimpung dalam bidang muzik, beliau telah banyak menyusun lagu-lagu, mencipta dan merekod lagu patriotik untuk negara dan negeri dan disiarkan di radio dan televisyen, didengarkan di sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan dan kelab-kelab malam. Beliau juga merupakan seorang pengadil untuk pertandingan Malaysian Tune Writing dan Nyanyian Radio sejak tahun 1958.

Beliau adalah antara orang Malaysia pertama yang mencipta Jamboree lagu "Kemegahan Negara Ku" yang telah dimainkan pada tengah malam pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963.

Antara komposisi lagu beliau adalah: "Putera Puteri", "Ingatkan Ingatkan", "Jauh Jauh", "Rayuan Mesra", atau "Melody Of Love", "Api Dan Air", "Bunga Negara", "Megah Rasa", " Chendering "," Tepi Pantai "," Berdendang Ria "," Sang Bayu "," Ke-Hulu Ke-Hilir "," Pantun Melayu "," Gemaran Bulan "," Bertugas ", dan" Sungai Pahang ".

Jimmy Boyle sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan beliau menghasilkan muzik dan lagu sebagai tanda kecintaan beliau pada tanah air dan untuk meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Jimmy Boyle telah memberi pengaruh besar pada negara dengan karya-karya lagu patriotiknya dan sehingga kini lagu beliau telah dinyanyi dan dialunkan oleh pelbagai artis Malaysia.



                            Jimmy Boyle :Komposer dan pemain piona yang terkenal ketika itu


No comments:

Post a Comment