Saturday, 17 August 2013

Jimmy Boyle

Jika kita sebut saja nama komposer Malaysia seperti Adnan Abu Hasan, Ahmad Nawab, S. Atan, Ajai pasti orang akan ingat mereka dan akan melantunkan lagu-lagu hit yang dinyanyikan oleh artis mereka. Tetapi adakah kita kenal dengan nama Jimmy Boyle? Pada post kali ini saya akan mempromosi semula nama komposer Jimmy Boyle yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu patriotik dari awal pembabitannya dalam dunia muzik hinggalah ke penghujung hayatya pada 1971.

James W Boyle AMN (Jimmy Boyle )1922 - 1971 dilahirkan di Pulau Pinang dan berpendidikan di St Xaviers Instituton di mana dia kembali sebagai seorang guru selepas menamatkan pengajian di Kolej Raffles di Singapura.

Dia adalah seorang yang terkenal sebagai pemuzik Jazz Malaysia yang maju dengan gayanya yang tersendiri. Beliau telah menjadi komposer di tanah melayu dan menyusun muzik untuk "Kuartet Saxaphone klasik" di Universiti di Barat Laut Amerika Syarikat dan "Kansas City University Brass Ensemble". Susunan muzik beliau dan mainan pianonya telah disiarkan di seluruh dunia oleh BBC dan Voice Of America dan hasil karyanya telah dipuji oleh pengkritik jazz terkenal seperti Jerry Muchigan. Pemuzik jazz antarabangsa seperti Charles Lloyd dan Jack Teagarden.

Selama 25 tahun berkecimpung dalam bidang muzik, beliau telah banyak menyusun lagu-lagu, mencipta dan merekod lagu patriotik untuk negara dan negeri dan disiarkan di radio dan televisyen, didengarkan di sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan dan kelab-kelab malam. Beliau juga merupakan seorang pengadil untuk pertandingan Malaysian Tune Writing dan Nyanyian Radio sejak tahun 1958.

Beliau adalah antara orang Malaysia pertama yang mencipta Jamboree lagu "Kemegahan Negara Ku" yang telah dimainkan pada tengah malam pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963.

Antara komposisi lagu beliau adalah: "Putera Puteri", "Ingatkan Ingatkan", "Jauh Jauh", "Rayuan Mesra", atau "Melody Of Love", "Api Dan Air", "Bunga Negara", "Megah Rasa", " Chendering "," Tepi Pantai "," Berdendang Ria "," Sang Bayu "," Ke-Hulu Ke-Hilir "," Pantun Melayu "," Gemaran Bulan "," Bertugas ", dan" Sungai Pahang ".

Jimmy Boyle sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia dan beliau menghasilkan muzik dan lagu sebagai tanda kecintaan beliau pada tanah air dan untuk meningkatkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Jimmy Boyle telah memberi pengaruh besar pada negara dengan karya-karya lagu patriotiknya dan sehingga kini lagu beliau telah dinyanyi dan dialunkan oleh pelbagai artis Malaysia.



                            Jimmy Boyle :Komposer dan pemain piona yang terkenal ketika itu


Wednesday, 14 August 2013

Muzik Itu Senjata Minda (2)

Muzikologi adalah ilmu ilmiah tentang muzik . Dalam pengertian sempit, muzikologi hanya terbatas pada sejarah muzik budaya Barat.  Dalam pengertian antara itu, ia mencakup semua budaya barat yang relevan dan berbagai bentuk-bentuk muzik, gaya, genre dan tradisi dalam budaya barat. Dalam erti luas pula, muzik mencakup semua disiplin ilmu muzik yang relevan dan semua manifestasi muzik di semua budaya dalam dunia ini.
Dalam definisi yang luas, disiplin induk dari muzikologi meliputi sejarah,  budaya, gender, filsafah , estetika dan semiotika ; etnologi dan antropologi budaya , arkeologi dan prasejarah ; psikologi dan sosiologi , fisiologi dan ilmu saraf ; akustik dan psychoacoustics ; dan komputer / informasi ilmu pengetahuan dan matematika . Muzikologi juga memiliki dua pusat, subdisiplin berorientasi praktis tanpa disiplin orang tua: praktik kerja dan penelitian, dan teori, analisis dan komposisi musik. Para disiplin muzikologi terbentuk terkait pula luar dari seni muzik itu sendiri iaitu ,ritual dan komunikasi , sejarah dan teori ,plastik seni visual dan arsitektur, linguistik , sastera dan teater, agama dan teologi. Pengetahuan muzik  dalam pendidikan dan terapi musik boleh dapat dianggap sebagai disiplin induk dari Terapan Muzikologi.
Penciptaan muzik Gamelan memiliki nilai ritual dan budaya masyarakat

Mereka mempelajari sejarah musik dan belajar mengenai komposisi lagu dan bagaimana mereka mengembangkan idea mereka dan belajar dari yang lain. Muzikologi juga mempelajari filsafah muzik.
Sejarah muzik atau ilmu muzikologi meliputi: komposisi, liriK, resepsi, dan kritik muzik dari waktu ke waktu, misalnya yang bersangkutan dengan kehidupan seorang komposer, perkembangan gaya dan genre, fungsi sosial muzik untuk kelompok masyarakat tertentu.




Muzik Sufi Turki mempunyai elemen-elemen Islam (agama)

Tuesday, 13 August 2013

Darah Satria -instrumental with lyrics



Dengar dan Hayati lagu ini dan anda akan rasai kesan muzik pada diri pendengar

Muzik Itu Senjata Minda (1)

           Apabila kita menyebut tentang muzik, pasti akan terbayang di benak minda kita tentang hiburan yang melalaikan dan penuh dengan kesan negatif. Tetapi adakah kita sedar bahawa muzik adalah salah satu medium untuk mempengaruhi minda. Iya, muzik itu mampu mempengaruhi minda kita kerna muzik memerlukan deria pendengaran. Pernah kah kita mendengar seorang budak lelaki yang tergila-gilakan idola artis mereka hanya kerna lagu mereka sedap didengar. Terkadang kegilaan itu mempengaruhi tindakan sehingga membentuk perilaku kehidupan seharian mereka. Apa yang selalu kita dengar adalah, muzik yang ganas akan menyebabkan seseorang itu terdorong untuk berperilaku ganas. Maka adakah kita mahu menyalahkan muzik semata-mata?

           Kita tidak boleh menyalahkan muzik atas perbuatan atau perilaku pendengar selepas mendengar muzik kerna muzik hanyalah sebuah medium. Muzik boleh memberi kesan positif dan muzik juga boleh beri kesan negatif pada pendengar. Ia bergantung pada siapa yang membikin muzik itu. Kerna itulah saya lebih suka mengelar muzik adalah senjata dimana ia boleh digunakan untuk tujuan keselamatan dan juga untuk tujuan memusnahkan. Muzik yang baik mampu memotivasikan diri si pendengar samada ia datang dari lirik, tempo atau susunan muzik sesuatu lagu itu. Pernah suatu ketika dahulu semasa saya di bangku sekolah, tiap kali ingin mengambil peperiksaan sekolah samada UPSR,PMR atau SPM, lagu yang biasa dinyanyikan adalah lagu "Fikirkan Boleh" nyanyian arwahyarham Sudirman. Selepas menyanyi pasti diri akan rasa bersemangat untuk belajar. Ia akan jadi lebih seronok bila lagu itu dinyanyikan beramai-ramai. Sama juga ketika hari kemerdekaan, tiap kali perhimpunan pagi di sekolah, lagu patriotik akan dipasang dan pelajar akan menyanyi dengan penuh semangat.Hal ini berlarutan selama sebulan sehinggalah sambutan besar-besaran pada 31 Ogos.

           Muzik membentuk tamadun manusia. Jika kita membaca sejarah dunia dari dahulu sehingga kini, muzik sentiasa akan berubah-ubah mengikut zaman. Ini membuktikan muzik dan zaman itu bergerak seiring dan mereka tidak pernah berpisah. Muzik juga mewakili bangsa-bangsa. Bangsa A ada muzik nya sendiri, bangsa B ada muziknya sendiri dan begitulah seterusnya. Tidak ketinggalan bangsa kita yang mempunyai pelbagai jenis muzik.  Tipulah sesiapa yang berkata tidak suka pada bunyi muzik kerna muzik itulah yang menghidupkan dunia. Tanpa muzik tiadalah dunia dan tiadalah kehidupan. Manusia akan jadi murung dan tertekan. Hatta jika berzikir juga memerlukan irama dan melodi untuk mengelak zikir kita itu bosan.


Pancaragam Pusat TLDM

Semangat patriotik wajar diterapkan sejak kanak-kanak